^^ EXCHANGE YOUR FABULOUS LINK HERE^^

TIPS JAGE LAPTOP (2:: tahap kepanasan.

TIPS UNTUK LAPTOP YANG PANAS



Bagaimana untuk mengetahui suhu laptop saya?
Kebanyakan laptop masakini dilengkapi dengan sensor bagi mengesan suhu CPU dan juga GPU. Suhu ini boleh dilihat menggunakan perisian tertentu seperti SpeedFan yang boleh digunakan pada hampir semua jenis laptop dan juga Nvidia nTune untuk maklumat yang lebih terperinci bagi laptop yang dilengkapi dengan cip Nvidia.

Muat turun SpeedFan di sini!
Muat turun Nvidia nTune di sini!

Berapakah suhu yang ideal bagi sesebuah laptop?
Bukan semua jenis laptop mempunyai suhu yang sama mengikut penggunaan. Ini disebabkan kerana setiap jenis laptop mempunyai CPU dan juga GPU yang berbeza. Suhu laptop diklasifikasikan kepada dua iaitu :

  1. Idle Temperature - Penggunaan laptop yang minima tanpa menggunakan perisian yang membebankan.
  2. Maximum Temperature - Penggunaan laptop dengan beban yang tinggi seperti memindahkan data yang banyak (copy files) dan juga permainan komputer 3D yang berspesifikasi tinggi.
Suhu yang ideal bagi sesebuah laptop ialah :

50'C < Idle Temperature < 70'C
70'C < Maximum Temperature < 85'C 


Sekiranya laptop anda mencapai ke 85'C dan keatas, maka anda mempunyai laptop yang telah melebihi suhu ideal dan ini boleh menyebabkan jangka hayat laptop anda menjadi singkat dan kebarangkalian untuk laptop anda menjadi rosak adalah lebih tinggi. Jaga-jaga agar laptop anda tidak menjadi pengganti kuali anda di dapur!

Mengapakah laptop saya begitu panas?
Pengaliran haba bagi laptop adalah kurang baik berbanding dengan komputer peribadi desktop dan ini disebabkan oleh faktor saiz yang kecil mengakibatkan haba tidak boleh dialirkan dengan baik. Terdapat laptop yang bersuhu ideal dan juga tidak ideal. Kebanyakan laptop yang panas adalah laptop yang mempunyai CPU yang berkuasa tinggi seperti Core 2 Duo 2.0 Ghz dan ke atas serta GPU yang mantap seperti keluaran dedikasi Nvidia dan juga Ati.

Tips mengurangkan kepanasan laptop

  1. Gunakan laptop cooler pad.
  2. Jangan menghadang ruang pengaliran haba (lubang-lubang di tepi atau belakang laptop).
  3. Tinggikan bahagian bawah laptop (bahagian yang terdapat kipas).
  4. Jangan guna laptop dipermukaan yang kurang mengalirkan haba seperti kain dan tilam.
  5. Kurangkan penggunaan yang membebankan seperti permainan komputer 3D.
  6. Ubahsuai sistem penyejukan laptop agar lebih efisyen!
Laptop saya masih begitu panas. Apa yang patut saya lakukan?Sekiranya suhu laptop anda masih begitu tinggi iaitu melebihi suhu ideal, anda perlu melakukan pengubahsuaian pada sistem penyejukan dan pengaliran haba laptop anda.


Apa yang akan berlaku sekiranya saya membiarkan laptop saya kepanasan?
Laptop anda berisiko untuk rosak lebih cepat dan komponen yang paling berisiko ialah motherboard.Anggaran kos bagi menggantikan motherboard dan membaikpulih laptop anda adalah sekitarRM500 - RM2000 bergantung kepada jenis laptop anda.

Berapakah harga bagi pengubahsuaian sistem penyejukan laptop saya?

Dengan kos yang serendah RM100, anda boleh mengurangkan suhu CPU dan GPU anda sehingga 10% - 30%. 

FARAH HUDA IZZATI IS A DOCTOR IN THE FUTURE

3 000 NaK JaDi FaBuLoUs:

✿Cik aYusE✿ said...

nice tips tq =)

NiGhTiNaNgLe_FARA said...

@✿Cik aYusE✿

hehek..
ok..
ur welcome.. :)

zulfaka said...

akom bro...betul ke bawah 70 motherboard tak rosak..saya bila main game suhu motherboard 64 celcius...tak pernah cuci pon kipas cuma vacuum dan guna cooler buatan sendiri...ade sesetengan org cakap suhu tidak melebihi 60 celsius mana satu yang betul harap admin balas :)...emai kan saya jawapan zulfaka_rocketmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...